Rabu, 18 November 2015

MARI BERFORUM BERSAMA...

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Saya membuat blog ini kerana ingin menjemput rakan-rakan smua untuk bersama-sama berforum di sini. Jadi marilah kita berforum tentang peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosisalisasi kanak-kanak..

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum, pada pendapat saya, kita perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan manusia yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat. Kita sedia maklum bahawa remaja malahan kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Perkembangan sosioemosi mereka juga akan berkembang kerana dalam hubungan persahabatan, pasti ada sedikit perselisihan faham dianatara mereka. Disitulah sosioemosi mereka akan berkembang. Sekian terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam,saya ingin menyatakan sedikit pendapat saya bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dasn potensi ke tahap optimum. Kanak-kank yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut disingkir oleh rakan sebaya mereka.sekian, terima kasih.

      Padam
  2. Assalamualaikum saudari masitoh. Terima kasih kerana telah membuka soalan forum untuk kalangan dewasa seperti saya, seperti sedia maklum bahawa persoalan terhadap tajuk yang diberikan iaitu peranan rakan sebaya dalam membentuk sosioemosi kanak-kanak. Berdasarkan fahaman saya terhadap perkembangan kanak-kanak sangat mementingkan persekitaran yang baik, misalnya rakan sebaya adalah salah satu agen yang membentuk sosioemosi kanak-kanak. Hal ini berlaku semasa kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan, ini mengakibatkan kanak-kanak akan mempelajari benda baru semasa berkenalan dengan rakan sebaya mereka tidak kiralah dari sudut fizikal dan mental. Lantaran itu, sesi persekolahan kanak-kanak adalah sangat panjang boleh dikatakan kanak-kanak banyak menghabiskan masa bersama rakan mereka. Contohnya, pada waktu pagi mereka akan pergi ke sekolah kebangsaan, waktu petang pergi kelas tambahan. Oleh itu, kanak-kanak mempelajari benda baru apabila setiap dari mereka berkongsi masalah, kegembiraan, dan lain-lain lagi dalam bentuk norma kehidupan. Hal ini tidak dapat di sangkal lagi apabila seorang rakan lebih memahami sahabat mereka berbanding keluarga mereka sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam saudari ruhaimah. terima kasih keran sudi berforum di blog saya ini.Saya bersetuju dengan pendapat anda. Pengaruh rakan sebaya akan mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Dengan persekitarannya yang penuh dengan rakan sebayanya maka kanak-kanak akan mudah mempelajari sesuatu yang baru dari pelbagai sudut. Pengaruh rakan sebaya juga akan memberi satu pengalaman baharu kepada seseorang kanak-kanak maka konsep kendiri seseorang kanak-kanak itu akan beralih kepada yang lebih positif. jika rakan sebaya yabg di pilih adalah dari kalangan yang baik maka ia akan membentuk kanak-kanak menjadi seorang yang baik begitu juga sebaliknya. sekian

      Padam
  3. assalamualaikum saudari mas, terima kasih kerana mengemukakan isu yang amat amat menarik perhatian saya. Pada pandangan saya, Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam saudari aina.Pada pandangan saya, memang benar rakan sebaya sememangnya memberi impak yang besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Zaman kanak-kanak merupakan suatu era dimana mereka berada dalam tempoh bagi mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.Misalnya,kanak-kanak dapat kembangkan otak mereka dengan bermain dan bersaing secara sihat dengan rakan sebaya.Sesungguhnya, bermain bersama rakan-rakan adalah salah satu cara mempercepatkan lagi proses perkembangan otak kanak-kanak.selain itu,dengan bermain dan bersama dengan rakan-rakan sebaya,mereka akan lebih cepat memproses apa yang dilihat,didengar,dan dipelajari pada hari itu dengan lebih cepat dan efektif kerana mereka gembira dan rela dalam suasana yang menghiburkan serta riang hati.Kadang-kadang, kanak-kanak akan lebih gembira apabila bersama rakan sebaya berbanding keluarga mahupun ibubapa sendiri.Mungkin kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa dan kehendak sesama mereka disebabkan mereka berkongsi umur yang sama.Jadi tidak hairanlah jika sek otak kanak-kanak akan lebih cepat berhubung dan memproses sesuatu yang dilakukan seseorang kanak-kanak apabila bersama rakan-rakan.Oleh itu,rakan-rakan seolah-olah mempunyai satu kuasa dalam mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang dan memproses sesuatu secara sihat dan terkawal baik,kanak-kanak mendapat peluang belajar dalam mengawal emosi,cara berfikir,dan bertindak positif dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Otak kanak-kanak adalah yang paling segar dan aktif atas faktor umur mereka masih muda.Disebabkan itu mereka mudah menyerap dan ingat semua yang mereka pelajari.
      sekian terima kasih

      Padam
  4. Assalamualaikum . Pada pendapat saya, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap dan pandangan mengenai kehidupan terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak akan cuba untuk menghayati norma, nilai dan harapan rakan sebaya agar diterima dan disanjung oleh kumpulannya walaupun kadangkala norma tersebut menyalahi norma dan nilai keluarga atau masyarakat. Melalui rakan sebaya, kanak-kanak dapat memperolehi kemahiran untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. Kanak-kanak akan belajar menghormati hak orang lain, bekerjasama, mempelajari peranannya, bertanggungjawab ke atas tugas yang diberi dan mematuhi peraturan dalam usaha mewujudkan keharmonian dalam kumpulan. Individu akan mempelajari kemahiran tersebut secara berperingkat-peringkat dan melalui permainan. Rakan sebaya mempunyai peranan penting dalam proses sosialisasi kanak-kanak. Ia berkaitan dengan penerapan nilai yang dapat diterima oleh persekitaran sosian salam suatu permainan. Rakan sebaya merupakan sumber informasi bagi seseorang kanak-kanak untuk mengetahui nilai dan bagaimana memupuk sikap baik ketika bermain bersama rakan. Proses sosialisasi pada rakan sebaya dilakukan melalui modeling dan reinforcement. Kanak-kanak lain berfungsi sebagai sosial model yang akan ditiru oleh kanak-kanak dan membentuk perilaku mereka. Rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak mengembangkan self image dan self esteem kerana ia memberikan suatu standart bagi seorang kanak-kanak dalam menilai dirinya sendiri. sekian, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam. terima kasih atas pendapat anda yang sangat membina. Saya setuju dengan pendapat anda mengenai sosioemosi kanak-kanak berkait rapat dengan pengaruh rakan sebaya. Melalui pengaruh rakan sebaya perkembangan otak akan terus menerus berhubung. Kanak-kanak akan memproses sesuatu yang sihat bersama rakan-rakannya. Melalui rakan sebaya juga kanak-kanak akan biasa untuk menyesuaikan dirinya dan sentiasa fleksibel walau apa pun situasinya.sekian

      Padam