Rabu, 18 November 2015

MASALAH KANAK-KANAK..

Mari kita berforum  mengenai " masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ".

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudari, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang saudari kemukakan. Pada pandangan saya,Seperti kata seorang ahli psikologi terkenal dari Austria, Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan ayah. Sebab itu, mengikut Freud, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka. Anak perempuan pula sebaliknya mengikut Freud sejak kecil selalu menjadikan ayah mereka sebagai 'hero' malah mereka selalu cemburu bila ayah bermesra dengan ibu kerana dianggap cuba merampas kasih mereka kepada ayah. Antara faktor yang menyebabkan anak-anak tidak lagi rapat dengan ayah mereka adalah anak-anak kurang mendapat didikan agama yang sewajarnya. Anak-anak tidak memahami adab hendak menghormati orang tua mereka sehingga melakukan sesuatu perkara yang diluar jangkaan ibu bapa mereka. Selain itu, anak-anak juga terlibat dengan gejala-gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Sebagai seorang ibu bapa yabg bertanggungjawab seharusnya harus menitikberatkan didikan agama kepada anak mereka. Pendidikan anak-anak adalah bermula dari rumah jadi jelaslah dapat dilihat ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kemenjadian anak-anak mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam saudari, terima kasih atas pandangan yang di berikan saudari itu. saya ingin menambah sedikit mengenai hal ini, pada pandangan saya seseorang kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapa akan cenderung menjadi seorang yang tertekan.Ini disebabkan bapa adala tunjang utama dalam keluarga,merekalah yang mencari rezeki dan membentuk sesebuah institusi keluarga itu.Jika seseorang kanak-kanak itu tidak rapat atau tidak mahu rapat dengan bapa,mereka akan sukar untuk berkomunikasi terutamanya dalam bidang kewangan dan keperluan.Kebiasaannya kanak-kanak yang memilih tidak rapat dengan bapa ini mereka menjadi lebih berdikari kerana enggan memperkatakan keinginan mereka kata bapa malah memilih sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut menggunakan usaha sendiri.Kesimpulannya,ada sebab baik dan buruknya juka seseorang kanak-kanak itu tidak rapar dengan bapa mereka.

      Padam
  2. Assalamualaikum saudari masitoh. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari kerana tidak serik-serik dalam berkongsi pandangan melalui forum yang diberikan. Oleh itu, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang kedua ini. Hal ini bukan disebabkan apa, tetapi memang wajar soalan yang dikemukan kerana ia menjadi isu kekeluargaan di kala masa ini. Isu ini amat popular apabila kita selidik dengan lebih dekat kerana memang benar bahawa kanak-kanak tidak lagi rapat dengan ayah mereka. Sebagai contoh yang dapat saya berikan ialah kanak-kanak lebih rapat dengan ibu mereka berbanding dengan ayah mereka, pada masa yang sama apabila ditanya mengapa mereka kurang rapat dengan ayah mereka sendiri, mereka banyak memberikan respon bahawa ayah mereka garang dan ada juga yang memberi respon bahawa ayah mereka tidak memberikan masa kepada keluarga akibat daripada sibuk dengan kerjaya. Ini yang terjadi apabila ayah lebih mementingkan kerjaya dalam kehidupan. Memeng tidak salah mencari nafkah namun kita perlulah ketahui bahawa keluarga haruslah diutamakan apatah lagi anak-anak kerana diusia mereka masih kecil mereka sebenarnya dahagakan kasih sayang daripada ibubapa mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam. terima kasih kembali kerana sudi memberi pendangan atas isu yang saya bangkitkan. terlebih dahulu saya ingin memberi maksud perapatan.Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.jika seseorang kanak-kanak tidak mempunyai hubungan dengan bapa sememangnya sering berlaku kini. Ini kerana, perhubungan perapatan dengan bapa yang tidak rapat akan menyebabkan timbulnya masalah kepada mereka. Mereka akan mengalami masalah perubahan sikap seperti memberontak, menggunakan ayat kasar dan cenderung untuk bertindak ganas terhadap bapa mereka. Sekiranya dibiarkan tidak mustahil masalah ini akan menguasai diri anak-anak sehingga meningkat ke alam dewasa.sekian.

      Padam
  3. Assalamualaikum saudari mas. disni saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai topik saudari. Terdapat satu masalah yang menjadi penyebab kepada hubungan perapatan antara anak dan bapa iaitu kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga merupakan penyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan lagi, anak-anak akan mudah terjerumus dengan gejala negatif kerana kurangnya pengawalan daripada bapa sebagai penjaga. Sebagai contohnya, bapa yang pulang dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual atas sebab letih. Jelaslah disini, kesibukan membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa. Oleh yang demikian, bapa hendaklah memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka kerana hubungan yang baik merupakan perapatan yang membawa kepada impak yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak dalam institusi kekeluargaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam saudari aina. saya ingin menanbah sedikit mengenai hujah anda pada pendapat saya, Biasanya ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibu akan seboleh mungkin membantu anak ketika belajar kerana mahu si kecil mendapat keputusan cemerlang. Tetapi hakikatnya peranan ayah tidak kurang penting dalam mendampingi anak belajar.

      Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.

      Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya.sekian

      Padam
  4. Assalamualaikum saudari mas, saya berminat dengan topik yang dibincangkan kali ini iaitu mengenai hubungan perapatan anak dengan bapa serta masalah-masalah yang mungkin akan timbul akibat jurangnya hubungan antara anak dengan ayah sejak akhir-akhir ini. Dalam sesebuah keluarga bapa merupakan seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mencari nafkah bagi menanggung segala keperluan rumah tangga mereka. Namun, terdapat segelintir bapa yang terlalu sibuk mencari rezeki sehingga jarang sekali meluangkan aktiviti yang berkualiti bersam-sama anak mereka. Justeru hal ini akan memberi kesan terhadap hubungan perapatan antara anak dengan bapa dalam sesebuah keluarga. Oleh itu, sebagai seorang bapa haruslah pandai dalam mencari masa seharian mereka untuk meluangkan masa bersama mereka iaitu terutamanya terhadap anak-anak mereka yang masih kecil. Hal ini kerana, terdapat banyak kebaikan yang boleh dilihat jika anak-anak kecil mempunyai hubungan yang rapat terutama dengan bapa mereka. Dalam sebuah kajian mengatakan bahawa ada kaitan antara hubungan rapat bapa dengan anak dengan pencapaian akademiknya di sekolah. Jelaslah di sini bahawa interaksi antara bapa dengan anak-anak mempengaruhi IQ anak tersebut. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam saudari erina.saya sangat tertarik dengan ulasan anda ini jadi saya ingin memberi pendapat. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. sekian, terima kasih.

      Padam