Rabu, 18 November 2015

KESIHATAN KANAK-KANAK..

Pada pendapat anda bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Marilah berbincang bersama

10 ulasan:

  1. Salam sejahtera, pada pandangan saya keadaaan kesihatan dan mental kanak-kanak di pra-sekolah dan sekolah rendah berada di tahap yang kurang memuaskan. Hal ini kerana dalam era globalisasi yang kian mencabar dan memerlukan berada di kemuncak pemodenan dunia, kebanyakan ibubapa lebih banyak masa berhadapan dengan kerjaya dan berlumba-lumba untuk mengecapi kemewahan duniawi mereka berbanding dengan anak-anak mereka. Ini menyebabkan kebanyakan ibubapa kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka dan seterusnya menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak mereka. kanak-kanak yang terabai akan merasakan diri mereka kurang disayangi dan selalu menyendiri. Hal ini amat menganggu kesihatan mental anak-anak .Ini seterusnya , menjeremuskan kanak-kanak ke arah yang negatif di mana kanak-kanak akan mencari keseronokan dan mencari ketenangan diluar dengan bergaul dengan kanak-kanak yang berkelakuan kurang baik. Di sini timbulnya pelbagai masalah seperti kanak-kanak akan ketinggalan dalam pelajaran serta sentiasa mencari peluang untuk ponteng sekolah. Di sini peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan kasih sayang serta perhatian yang secukupnya kepada akan-anak agar tidak berlaku hal yang tidak diingini. Dan ini juga bagi bagi menjaga kesihatan dan mental anak-anak agar sentiasa stabil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam sejahtera kembali saya ucapkan kepada saudari wan norfarhana, terima kasih atas ulasan yang begitu menarik.Pada pendapat saya, Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.sekian saja dari saya. sekian

      Padam
  2. heloo cikgu mas. pada pendapat saya keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia adalah tidak sihat. hal ini kerana penilaian yang dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting dan perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosial kanak-kanak. Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dan kedudukan dijalankan kepada kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-kanak tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada peringkat prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan mengganggu perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami tekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini, para guru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar dalam aspek-aspek lain. selain itu,kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak


    berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru prasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana pinilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak. Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal untuk pelajar prasekolah.. terima kasih . ini pendapat saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera, terima kasih atas padangan yang begitu membina yang di berikan oleh saudari.pada pandangan saya pula keadaaan kesihatan dan mental kanak-kanak di pra-sekolah dan sekolah rendah berada di tahap yang kurang memuaskan juga. Hal ini kerana dalam era globalisasi yang kian mencabar dan memerlukan berada di kemuncak pemodenan dunia, kebanyakan ibubapa lebih banyak masa berhadapan dengan kerjaya dan berlumba-lumba untuk mengecapi kemewahan duniawi mereka berbanding dengan anak-anak mereka. Ini menyebabkan kebanyakan ibubapa kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka dan seterusnya menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak mereka. kanak-kanak yang terabai akan merasakan diri mereka kurang disayangi dan selalu menyendiri. Hal ini amat menganggu kesihatan mental anak-anak .Ini seterusnya , menjeremuskan kanak-kanak ke arah yang negatif di mana kanak-kanak akan mencari keseronokan dan mencari ketenangan diluar dengan bergaul dengan kanak-kanak yang berkelakuan kurang baik. Di sini timbulnya pelbagai masalah seperti kanak-kanak akan ketinggalan dalam pelajaran serta sentiasa mencari peluang untuk ponteng sekolah. Di sini peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan kasih sayang serta perhatian yang secukupnya kepada akan-anak agar tidak berlaku hal yang tidak diingini. Dan ini juga bagi bagi menjaga kesihatan dan mental anak-anak agar sentiasa stabil.sekian

      Padam
  3. Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.

    Anak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.

    Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum saudari nur najeha.terima kadih atas pandangan anda.pada pendapat saya,Mentaliti kanak-kanak sanngat dipengaruhi oleh tahap umur mereka. Ini demikian disebabkan oleh kemahiran berfikir mereka yang secara tidak langsung mempengaruhi kestabilan mental mereka.Peringkat umur prasekolah merupakan peringkat umur yang mana pemikiran mereka baru sahaja mula berkembang dan perlu bimbingan penuh daripada orang sekeliling mereka terutamanya ibu bapa, guru, dan juga rakan-rakan mereka. Oleh yang demikian, keadaan mentel mereka sangat bergantung kepada keadaan sekeliling mereka. mereka boleh tertekan sekiranya berlaku masalah di sekeliling mereka, dan juga keadaan mental mereka di tahap yang baik sekiranya keadaan sekeliling mereka baik. Sekiranya mereka ada masalah peribadi, mereka boleh berada dalam keadaan yang sangat tertekan disebabkan pemikiran mereka yang belum berkmbang sepenuhnya dan belum dapat menganalisis masalah mereka sendiri.Pada peringkat umur sekolah rendah pula. Pemikiran mereka sudah berkembang berbanding daripada pemikiran mereka pada tahap prasekolah. mereka sudah mulai untuk mengerti sesetengah perkara dan dapat menganalisis masalah preribadi mereka. Hal ini membuatkan mentaliti mereka semakin kuat dan dapat bertahan dengan tekanan dan stress yang mereka hadapi.Oleh yang demikian, kanak-kanak pada zaman prasekolah haruslah dibimbing supaya mentaliti mereka dapat dibentuk bagi mengurangkan masalah tekanan mental yang mereka akan hadapi di masa hadapan.sekian

      Padam
  4. Assalamualaikum saudari masitoh. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ke empat ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam saudari ruhaimah makri,pada pandangan saya, pada peringkat umur kanak-kanak dalam prasekolah, cara mereka berfikir masih lagi belum berkembang sepenuhnya untuk menganalisis setiap masalah yang mereka hadapi. Hal ini membuatkan mentaliti mereka tertekan dalam sesetengah keadaan seperti membuat keputusan. Namun demikian, peranan ibu bapa mahupun pendidik di prasekolah sangat memainkan peranan yang tinggi untuk melatih mereka untuk belajar berfikir bermula dengan perkara yang kecil supaya mereka membuat pilihan yang baik dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Selain itu, mereka juga sangat mudah terpengaruh disebabkan oleh cara berfikir mereka yg masih berkembang diperingkat awal. Hal ini menyebabkan mereka tertekan sekiranya mereka terpengaruh dengan kelakuan yang buruk yang akan menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Oleh itu, dedahkan mereka dengan kelakuan yang baik yang mereka boleh contohi.Pada umur peringkat sekolah rendah pula, cara pemikiran mereka sudah berkembang banyak berdasarkan apa yang mereka pelajari daripada umur prasekolah lagi. Pada lingkungan umur ini, mereka lebih terdedah dengan dunia luar dan mempunyai kebebasan yang lebih bebas daripada lingkungan umur prasekolah. Oleh itu, mereka mungkin mengalami stress yang lagi tinggi atau lebih rendah berbanding prasekolah. Hal ini sangat dipengaruhi oleh apa yang mereka pelajari di peringkat prasekolah lagi dan juga sangat berkait rapat dengan keadaan sekeliling mereka termasuklah bagaimana mereka memilih kawan. Secara kesimpulannya, mentaliti anak-anak haruslah dibentuk daripada kecil lagi supaya mereka tidak tertekan dalam kehidupan mereka dalam membuat keputusan disetiap permasalahan yg mereka hadapi dan dapat berfikir berdasarkan apa yg mereka pelajari. Ibu bapa serta tenaga pendidik sama ada di prasekolah da sekolah rendah mempunyai peranan yang besar untuk membentuk mental mereka.sekian

      Padam
  5. Assalamualaikum dan selamat petang saudari masitoh. berdasarkan soalan yang ditujukan oleh saudari , pada pandangan saya kanak-kanak merupakan insan yang lemah dan mereka sepatutnya tidak didedahkan dengan pelbagai masalah atau isu yang tidak sepatutnya. sebagai contoh, kebanyakkan ibu bapa zaman sekarang banyak bergaduh di hadapan anak-anak.Tanpa mereka sedari, anak-anak yang mula membesar akan meniru tingkahlaku atau sebaliknya dan mengalami stress. Kanak-kanak yang mengalami stress kita dapat lihat, mereka akan lebih suka bersendirian dan murung. Bagi saya , kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah juga mengalami stress yang tinggi tanpa ibu bapa sedari. sebagai ibu bapa, guru atau sesiapa yang terdekat perlu mengetahui keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut. Masyarakat di sekeliliung juga perlu prihatin terhadap kanak-kanak di sekeliling mereka. mungkin setakat ini sahaja pandangan saya berkaitan forum yang saudari tanyakan. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam saudari aina syazwina. pada pendapat saya pula Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
      Anak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini. Secara keseluruhannya,saya amat bimbang seandainya keadaan kesihatan mental kanak-kanak menghadapi stress yang tinggi. Justeru itu, saya meminta agar semua masyarakat bekerjasama untuk memantau keadaan kesihatan mental mereka.

      Padam